Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

PELUANG KERJAYA
0


 

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.

 

Di sini kami akan kongsikan maklumat terkini mengenai Bantuan Khas COVID-19 atau BKC termasuklah Tarikh pembayaran seperti dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri. Berikut adalah maklumat mengenai Bantuan Khas COVID-19:

 

Baca Juga:

Bantuan Sehingga RM1,200 Untuk Para Pelajar Melanjutkan Pengajian ke IPTA, IPTS & Politeknik

Sumbangan Kerajaan Sehingga RM250 Setahun

Bantuan RM800 Untuk Individu Belum Bekerja

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 

 

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan untuk Fasa 1:

 

1) Kategori Miskin Tegar

Isi Rumah - RM500

Warga Emas Sebatang Kara (WE) - RM200

Bujang - RM200

 

2) Kategori B40

Isi Rumah - RM500

Warga Emas Sebatang Kara (WE) - RM200

Bujang - RM200

 

3) Kategori M40

Isi Rumah - RM250

Warga Emas Sebatang Kara (WE) - RM100

Bujang - RM100

 

TARIKH PEMBAYARAN

Untuk makluman, tarikh pembayaran untuk Bantuan Khas COVID-19 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka akan selesai pada 10 September 2021, selaras dengan kenyataan YAB Perdana Menteri berikut:


 


CARA PERMOHONAN

 

Untuk makluman, Bantuan Khas COVID-19 atau BKC ini tidak memerlukan apa-apa permohonan kerana bantuan akan disalurkan kepada mereka yang layak berdasarkan data yang sedia ada dalam rekod berikut:

  • Miskin Tegar & B40: Permohonan BPR 2021
  • M40: Percukaian (LHDNM)

 

KAEDAH PEMBAYARAN

Pembayaran BKC akan disalurkan ke akaun yang telah didaftarkan seperti berikut:

 

Miskin Tegar & B40:

Dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan oleh pemohon semasa permohonan BPR 2021.

 

M40:

Dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan oleh pemohon dalam rekod percukaian.


Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 




 


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !