Kita semua tahu bahawa rakyat pasti sentiasa
tertunggu-tunggu akan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan terutamanya pada
musim pandemic ini. Hal ini kerana, ramai dikalangan masyarakat yang terkesan
akibat pandemik ini dan perlu untuk dibantu.
Disini kami akan kongsikan beberapa senarai bantuan kerajaan
serta maklumat ringkas mengenai bantuan yang diagihkan pada bulan September
2021 ini terutamanya khas kepada golongan B40 dan M40.
SENARAI BANTUAN KERAJAAN SEPTEMBER 2021
Berikut adalah senarai bantuan kerajaan pada bulan September
2021:
1) Bantuan BKC
Pembayaran untuk bantuan BKC ini adalah bermula pada bulan 6
September hingga 14 September 2021.
Berikut adalah jumlah bantuan yang diberikan mengikut
kategori:
Miskin Tegar (Isi Rumah) – RM500
B40 (Isi Rumah) – RM500
M40 (Isi Rumah) – RM250
Miskin Tegar (Bujang) – RM200
B40 (Bujang) – RM200
M40 (Bujang) – RM100
Jumlah bantuan = RM100 hingga RM500
2) i-Citra
i-Citra adalah satu bentuk inisiatif kerajaan yang dilaksanakan
bagi memudahkan kita untuk membuat pengeluaran wang simpanan KWSP.
Ahli KWSP bakal mendapat RM1,000 setiap bulan sehinggalah
tamat tempoh permohonan.
Untuk pembayaran pada bulan September, tarikh bayaran adalah
pada 1 September.
3) Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Pengagihan untuk BPR fasa 3 adalah pada bulan September 2021
ini.
Berikut adalah jumlah bayaran BPR: KLIK DISINI
Tarikh pembayaran adalah pada hujung bulan September 2021, tarikh
rasmi pembayaran akan diumumkan nanti.
Jumlah bantuan = RM100-RM1,100
4) GKP 4.0
GKP atau Geran Khas Prihatin merupakan satu bentuk bantuan
kerajaan RM1,000 secara one-off yang diberikan khas kepada peniaga kecil atau
PKS Mikro.
Pembayaran adalah secara berperingkat iaitu RM500 pada bulan
September dan RM500 pada bulan November 2021.
Tarikh rasmi pembayaran bantuan ini adalah pada 21 September
2021.
5) Rayuan BPR Fasa 2
Status permohonan rayuan BPR bagi mereka yang tidak lulus
semasa permohonan BPR fasa 2 kini boleh disemak.
Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut:
Tarikh pembayaran adalah pada hujung bulan September 2021 iaitu
sama seperti pembayaran BPR Fasa 3.
Jumlah Bantuan = RM100-RM400
Baca juga:
Bantuan RM300 Bermula September 2021 Untuk Semua RakyatMalaysia Yang Layak
Permohonan Caruman Bagi Suri Rumah & Individu Yang
Bekerja Sendiri
BANTUAN KERAJAAN YANG LAIN
Berikut adalah senarai bantuan yang boleh dimohon sepanjang
masa:
Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi
membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.
Selama tiga bulan, individu yang layak akan menerima RM100
sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.
Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga
Emas ataupun Bantuan Kebajikan Orang Tua telah dinaikkan daripada RM350 kepada
RM500 seorang. Ia selaras dengan apa yang dinyatakan dalam belanjawan 2021.
Untuk makluman, ia hanyalah untuk warga emas yang berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kadar Bantuan = RM500 Sebulan
Sumber: JKM
3) BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA
Bakul Prihatin Negara adalah satu bentuk inisiatif bantuan
Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19
bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk bantuan barangan
asas seperti beras, gula, tepung, kopi dan lain-lain.