Untuk makluman,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu
bentuk inisiatif program iaitu dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga
Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang bertujuan untuk membantu mereka yang tidak
mempunyai tempat kediaman atau tempat berteduh akibat Pandemik Covid-19 untuk
mendapatkan tempat tinggal.
Bagi mereka
yang terkesan akibat pandemic Covid-19 disebabkan oleh kehilangan pendapatan / kurang
pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang menyebabkan mereka terpaksa keluar
dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah, anda boleh cuba untuk
memohon Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang disediakan
oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini.
Baca juga:
SenaraiBantuan Kerajaan Bulan September 2021
BantuanRM500 Sebulan Untuk Warga Emas
BantuanRM300 Bermula September 2021
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
CIRI-CIRI RUMAH PPR
1) Bagi
rumah yang terletak di Kawasan bandar besar, jenis rumah adalah bertingkat
antara 5 hingga ke 18 tingkat.
2) Rumah
yang terletak di Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.
3) Keluasan
rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
4) Struktur
binaan rumah adalah terdiri daripada:
- Tiga (3) bilik tidur
- Satu (1) ruang tamu
- Satu (1) ruang dapur
- Dua (2) bilik air
5)
Kemudahan asas termasuklah:
- Dewan komuniti/ruang orang ramai
- Surau/ruang solat
- Gerai makan/ruang niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman permainan/Kawasan lapang
- Rumah Sampah
6) Kadar sewaan
minimum adalah RM124 Sebulan
SENARAI PPR YANG TERLIBAT
Terdapat sebanyak
1,000 unit yang ditawarkan melalui inisiatif ini. Berikut adalah senarai rumah
PPR yang boleh didapati di bawah Rumah IKRAM KPKT ini:
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg. Melana 2 Johor
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH IKRAM KPKT
- Pemohon serta pasangan mestilah warganegara Malaysia
- Permohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
- Pemohon adalah mereka yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah / seumpamanya
- Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM3,000 sebulan
CARA PERMOHONAN
Untuk
membuat permohonan Rumah IKRAM KPKT, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi
TEDUH di pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai projek perumahan
di bawah TEDUH ini, anda boleh terus hubungi pihak TEDUH di laman web rasmi
TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/contact
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia