Untuk makluman, semakan status panggilan eksesais ujian pemeriksaan fizikal pengambilan khas bukan bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita boleh dibuat pada 27 September 2021 hingga 17 Oktober 2021.
Bagi calon
bukan bumiputera yang telah menghadiri urusan dokumentasi jawatan Konstabel
Polis Gred YA1 pada April 2021 lepas, anda boleh membuat semakan melalui Sistem
e-Pengambilan PDRM pada tarikh semakan dibuka.
Baca juga:
Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2021
CARA MEMBUAT SEMAKAN
- Semakan status boleh dibuat melalui laman rasmi ePengambilan PDRM – https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
- Log masuk
- Klik “Semak Status Permohonan”
- Klik Semak
Bagi calon
yang tersenarai untuk panggilan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen yang
diperlukan seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal
tersebut.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE
Segala urusan
permohonan, pemohon boleh membuat permohonan secara online melalui laman web
rasmi ePengambilan PDRM.
ePengambilan
PDRM merupakan portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang boleh digunakan
untuk urusan pengambilan dan permohonan jawatan PDRM. Melalui portal ini juga,
pemohon boleh untuk membuat semakan status permohonan atau panggilan pada
tarikh semakan dibuka.
Berikut
adalah pautan portal rasmi ePengambilan PDRM:
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
CARA MENDAFTAR
- Berikut adalah cara untuk mendaftar akaun bagi pendaftar pengguna baru:
- Masuk ke Portal ePengambilan PDRM: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.
- Klik “Pendaftaran Baru”
- Isikan Maklumat yang diminta
- Setelah selesai, klik “serah”
- Aktifkan ID melalui e-mel yang anda terima, sekiranya anda tidak menerima e-mel, Klik pada “Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID” di portal epengambilan PDRM.
Selepas
mendaftar, lengkapkan maklumat peribadi, keluarga, akademik, Ko-kurikulum dan lain-lain
maklumat yang perlu diisi. Tanda (*) menunjukkan bahawa maklumat tersebut
adalah wajib untuk di isi oleh pemohon.
Setelah selesai,
anda boleh terus membuat permohonan melalui menu “Permohonan Baru”.
SEMAKAN JAWATAN
1. Berikut
adalah cara untuk membuat semakan jawatan yang ada:
2. Masuk ke
portal rasmi ePengambilan PDRM: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my
3. Klik “Skim
Jawatan”
4. Sekiranya
anda berminat untuk memohon mana-mana jawatan yang dinyatakan, anda boleh
membuat semakan jawatan di tab “Iklan” sama ada permohonan Buka atau Tutup.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut dan iklan pengumuman mengenai permohonan dan pengambilan jawatan PDRM, anda boleh rujuk terus ke portal ePengambilan PDRM di pautan berikut:
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my