Tular di media apabila Menteri kesihatan Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin yang pergi membuat lawatan ke Hospital Kajang secara mengejut.
Difahamkan Menteri Kesihatan Malaysia itu mengunjungi Hospital
tersebut dengan hanya memakai pakaian biasa tanpa ada protokal pakaian rasmi. Difahamkan
juga hanya seorang pegawai sahaja yang ikut mengiringinya ke Hospital tersebut.
Dalam lawatan itu, beliau dilihat menyapa petugas sambil melihat
keadaan hospital itu. Netizen mengesyaki bahawa lawatan pada cuti hujung minggu
itu pasti tidak diketahui oleh pihak atasan hospital.
Spotted in Hospital Kajang. Ini baru betul bila kita kata lawatan mengejut. Memang boleh tercabut jantung staf bila nampak YBMK datang macam ni je.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 18, 2021
Good job YB @Khairykj pic.twitter.com/ide1dItz22
Kebanyakan netizen berkata bahawa lawatan mengejut seperti
ini perlu dilakukan untuk mengetahui keadaan sebenar hospital di negara kita ini.