Ipoh: Polis menyerahkan semula kertas siasatan mengenai kes
pengawal keselamatan yang maut selepas beberapa bulan terlantar akibat diserang
penyewa sebuah kondominium di sini, kepada Pejabat Peguam Negara.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata,
pihaknya sedang menunggu arahan bagi sebarang tindakan lanjut selepas mendapat
keputusan daripada Jabatan Peguam Negara.
"Pihak polis telah merujuk semula kertas siasatan
kepada Jabatan Peguam Negara dan pihak pendakwaan telah memberi beberapa arahan
untuk dilengkapkan ekoran berlakunya kematian dalam kes itu.
"Kertas siasatan kemudian telah dikembalikan semula
kepada Pejabat Peguam Negara serta menunggu arahan selanjutnya," katanya
dalam kenyataan hari ini.
Baca Juga:
Ciri Baru Akan Ditambah Dalam Aplikasi MySejahtera
Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat MalaysiaYang Memerlukan
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Mengulas mengenai kenyataan pihak tertentu yang meminta
polis menahan semula suspek susulan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan selepas mangsa meninggal dunia, beliau berkata, suspek telah
menjalani proses siasatan polis termasuk direman sebelum dituduh di mahkamah mengikut
Seksyen 335 Kanun Keseksaan.
Katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat
sebarang spekulasi berkaitan kes itu memandangkan ia masih dalam perbicaraan
serta mempercayai sistem kehakiman dan keadilan negara.
Mior Faridalathrash turut menegaskan bahawa polis tidak
pernah menggunakan perkataan 'doublejeopardy' atau pendakwaan dua kali dalam
sebarang kenyataan berkaitan kes itu seperti dilaporkan beberapa portal dan
media sosial.
"Kenyataan tersebut sangat tidak tepat, mengelirukan
dan seolah-olah ia dikeluarkan oleh pihak polis," katanya.
Pada 27 Ogos lalu, mendiang S. Thava Sagayam, 64, meninggal
dunia selepas lama terlantar sakit berikutan diserang seorang lelaki yang tidak
berpuas hati kerana mendiang dikatakan cuba menghalang anak lelaki itu daripada
menggunakan kolam renang di sebuah kondominium yang tidak dibuka kepada orang
ramai pada 29 Disember tahun lalu.
Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen
326 Kanun Keseksaan dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6
Januari lalu kerana mendatangkan kecederaan parah serta kes akan disebut semula
pada 9 September ini.
Sumber: hmetro