mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan
kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada
individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam
melalui Tabung Amanah mySalam.
SYARAT KELAYAKAN
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
- Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.
Info Tambahan:
Bagi mereka yang dikuarantin, anda boleh membuat penebusan
mySalam walaupun hanya kuarantin di rumah sahaja. Untuk kepastian, sila hubungi
pihak mySalam di alamat berikut:
Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my
Baca juga:
Permohonan Rumah Serendah RM124 Sebulan
Bantuan RM200 Sebulan Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Layak
Keputusan Rayuan BPR Belum Diketahui, Adakah Layak MenerimaBKC?
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
CARA PENEBUSAN
Sebelum membuat penebusan, anda perlu semak dahulu sama ada
anda layak atau tidak. Berikut adalah cara untuk membuat semakan kelayakan
bantuan mySalam:
- Masuk ke laman semakan – KLIK DISINI
- Masukkan No. Kad pengenalan
- Klik “Semak”
- Status kelayakan akan dipaparkan
Sekiranya status anda layak, anda boleh permohonan dengan dua acara iaitu sama ada secara atas talian (Online) atau Secara Manual.
CARA PERMOHONAN
Cara Pertama (Secara Online)
Permohonan secara online boleh dibuat di laman rasmi
permohonan mySalam dipautan berikut:
https://www.mysalam.com.my/b40/public/
Cara Kedua (Secara Manual)
- Pergi ke mana-mana kiosk mySalam.
- Sediakan Salinan kad pengenalan serta borang annex14 & 17. (Bagi Kawasan Labuan, kiosk mySalam terletak di Hospital Nukseusb).
- Serahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pihak mySalam melalui kiosk mySalam yang anda pergi.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai
mySalam, anda boleh terus hubungi pihak mySalam di:
Laman web rasmi mySalam
– KLIK DISINI
ATAU;
Telefon :
1-300-88-8938
Email :
info@mysalam.com.my