Bakul Prihatin Negara adalah satu bentuk inisiatif bantuan
Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19
bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk
membuat permohonan Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan
sepanjang pendemik COVID-19.
Baca juga:
Bantuan RM200 Sebulan Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Layak
Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah
Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
BANTUAN BARANGAN ASAS YANG DISEDIAKAN
Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) jenis
barangan iaitu:
- Beras (5 Kg)
- Gula (1 Kg)
- Tepung (2 Kg)
- Bihun (400 Gm)
- Kicap (650 Ml)
- Sardin (230 Gm)
- Biskut
- Kopi
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;
- Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;
- Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
- Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat.
MUAT TURUN BORANG BERIKUT:
Lampiran A – Borang Permohonan
Lampiran B – Akuan Penerimaan Bakul Prihatin
Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul
Prihatin Negara sahaja.
Walaubagaimanapun, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat
Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat
keluarga yang memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang
tertentu yang difikirkan wajar dan perlu untuk diberikan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Bakul Prihatin
Negara, sila rujuk di laman rasmi JKM di pautan berikut:
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Sy susah
ReplyDeletesy susah dan prlukan bantuan
ReplyDelete