Seperti
yang kita sedia maklum bahawa Bantuan Khas Covid-19 (BKC) telah mula dikreditkan
kepada semua penerima yang layak. Menurut YAB Perdana Menteri dalam kenyataan beliau
di media, tarikh pembayaran untuk Bantuan Khas COVID-19 akan bermula pada 6
September 2021 dan dijangka akan selesai pada 10 September 2021
Untuk
makluman, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi
meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. Pihak
kerajaan juga akan sentiasa memastikan mereka yang terkesan dengan pandemik ini
dapat dibantu dengan sedaya upaya.
Baca juga:
BantuanRM1,000 Kepada Peniaga Kecil/PKS Mikro
Bantuan ProgramJaringan Prihatin
SumbanganKerajaan Sehingga RM250 Setahun
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
KEPUTUSAN RAYUAN BPR BELUM KELUAR ADAKAH LAYAK UNTUK MENERIMA BKC
Seperti
yang kita tahu, penerima-penerima BPR akan secara automatik akan layak menerima
Bantuan Khas Covid-19 atau BKC. Namun, bagaimana pula dengan status mereka yang
masih dalam menunggu keputusan rayuan BPR yang akan diketahui dalam hujung
bulan ini.
Menurut kenyataan
Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah, mereka yang lulus rayuan juga
layak untuk menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kaedah silang data akan
digunakan untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40,
mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.
Selain itu, beliau berharap agar mereka yang telah mendapat bantuan BPR untuk membuat semakan akaun bank kerana masih ada diantara penerima BPR yang tidak menyedari akan bantuan BKC yang telah dikreditkan ke akaun mereka. Hal ini kerana mereka berpandangan bahawa mereka tidak ada membuat permohonan BKC.
SEMAKAN STATUS KELULUSAN BPR
Semakan
boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
Sumber: BERNAMA
Tak masuk pun saya pakai bank rakyat
ReplyDeleteTak pernah dapat gkp.. Tapi dalam status xlulus sebab ada gkp.. Sedih rase..
ReplyDeleteramai lagi tak masuk!agro bank ada yg masuk ada yg belum masuk
ReplyDeletedalam proses pengeditan!hari ini dah 11 haribulan.check masih belum masul lg
DeleteMcm mana sy nak daftar acuan bank sy dlm bantuan bkc ini ye?
ReplyDelete