Kuala Lumpur: Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan
pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status
kesihatan mereka.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran
Twitternya malam ini berkata, pasukan yang dipertanggungjawabkan akan memulakan
proses penambahbaikan malam ini juga bagi memudahkan orang ramai memaparkan
tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.
Baca juga:
Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
"Ini akan memudahkan kehidupan rakyat di tengah-tengah
penularan Covid-19. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi
itu dalam minggu-minggu berikutnya.
Khairy berkata, satu ciri terbaharu dalam aplikasi
MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses
pengesanan kontak.
"Sebaik sahaja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa
ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang - tiada imbasan
diperlukan," katanya.
MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi
membantu menguruskan kawalan Covid-19 di negara ini.
Sumber: hmetro