Untuk makluman,
pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia dan rayuan BPR akan dilaksanakan
pada 28 September 2021 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021. Hal ini
selaras dengan apa yang telah dinyatakan dalam kenyataan media oleh YAB Perdana
Menteri.
Menurut Perdana
Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob, bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta
penerima sedia ada kategori isi rumah serta pemohon rayuan BPR. Difahamkan bahawa
bantuan ini memperuntukkan sebanyak RM2.82 bilion disalurkan kepada penerima
yang layak seluruh Malaysia.
Baca juga:
SumbanganKerajaan Sehingga RM250
BantuanKewangan RM700 Untuk Golongan B40
SenaraiBantuan Kerajaan Bulan September 2021
TARIKH BAYARAN BPR FASA 3
Pembayaran BPR Keluarga Malaysua fasa 3 dan rayuan BPR secara berperingkat akan dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 28 September 2021 dan dijangka selesai pada 30 September
2021.
JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA
Berikut
adalah jumlah BPR fasa 3 (Kategori Isi Rumah):
Pendapatan
Isi Rumah < RM2,500
- RM500 (Kurang dari 1 anak)
- RM1,100 (2 anak dan ke atas)
Pendapatan
Isi rumah RM2,501 – RM4,000
- RM200 (Kurang dari 1 anak)
- RM600 (2 anak dan ke atas)
Pendapatan
Isi Rumah RM4,001 – RM5,000
- RM200 (Kurang dari 1 anak bagi pemohon 60 tahun ke atas)
- RM100 (Kurang dari 1 anak)
- RM200 (2 anak dan ke atas)
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR
- Log masuk ke laman web BPR https://bpr.hasil.gov.my/
- Klik “Semak”
- Status Bayaran akan dipaparkan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai BPR, anda boleh terus rujuk di laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
Saya Suhaimi bin saaid i.c no 750312-02-6385,saya amat berduka cita kerana tidak pernah mendapat sebarang bantuan termasuk lah BKC & BPR, apakah yang harus saya lakukan? saya sekarang sudah tak berkerja hasil pendapatan langsung tak ada.saya berharap sangat pihak kerajaan dapat bantu saya
ReplyDelete