Seperti dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan
Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini, pihak kerajaan bersetuju untuk
menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada
penerima yang layak sebanyak RM500, yang akan diberikan pada September 2021 dan
RM500 lagi pada November 2021 ini.
GKP adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan
kepada PKS mikro yang layak secara one-off yang terjejas akibat pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.
Di sini kami akan kongsikan serba sedikit maklumat mengenai bantuan
Geran Khas Prihatin 4.0 PEMULIH ini.
Baca Juga:
Bantuan Peranti RM300 & Pelan Data Bulanan RM180
Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
Bantuan RM800 Untuk Individu Belum Bekerja Tahun 2021
KADAR BANTUAN
Untuk makluman, Bantuan tambahan sebanyak RM1,000 akan
diberikan kepada para peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP
sebelum ini.
TARIKH BAYARAN GKP 4.0
Pembayaran untuk Bantuan GKP 4.0 ini akan dilaksanakan
secara dua kali pembayaran melalui dua fasa berikut:
Fasa Pertama
- RM500 (September 2021)
Fasa Kedua
- RM500 (November 2021)
PERMOHONAN GKP 4.0
Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan GKP 4.0 adalah
pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 lepas. Namun iklan ini hanya memberi makluman
kepada mereka yang telah membuat permohonan untuk mengambil tahu tentang tarikh-tarikh
penting pembayaran GKP 4.0 ini.
Dengan adanya bantuan GKP 4.0 ini, Pihak kerajaan berharap agar
usahawan PKS mikro dengan jumlah kira-kira 1 juta usahawan khususnya pengusaha
kedai gunting rambut, kedai roti dan kek, pemilik workshop, pusat penjagaan
kesihatan, dan lain-lain dapat di bantu dan dapat mengurangkan tanggungan bulanan
serta membantu aliran tunai mereka.