Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi
membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.
Selama tiga bulan, individu yang layak akan menerima RM100
sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.
Menariknya, mereka boleh memilih untuk berbelanja di lebih
300 rantaian kedai dan pasar raya di seluruh negara.
Baca juga:
Bayaran Bantuan RM1,000 Kepada Peniaga
Permohonan Caruman Bagi Suri Rumah & Individu Yang
Bekerja Sendiri
Rayuan BPR kini Boleh Disemak~ Bantuan RM100 - RM400
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Program PRIHATIN Kasih yang bermula satu Julai merupakan
kesinambungan kepada program e-Kasih yang ditambah baik.
DI MANA PEMBELIAN BOLEH DIBUAT?
Terdapat 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara yang
boleh dimanfaatkan oleh penerima bantuan untuk membuat pembelian barangan
keperluan termasuklah:
- Mydin
- The Store
- Giant
- Econsave
- Pacific
- Milimewa
- Lotus Stores (Tesco)
- 99 Speedmart
- Kedai-kedai runcit yang terpilih
TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih ini adalah berbeza
mengikut negeri. Berikut adalah maklumat tempoh pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih:
Julai hingga September 2021
- Selangor dan Kuala Lumpur
Ogos hingga Oktober 2021
- Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu
September hingga November 2021; atau Oktober hingga Disember
2021
- Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak
CARA SEMAK KELAYAKAN
Semakan kelayakan Bantuan boleh dibuat melalui laman:
https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari
laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia