Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi
membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.
Dalam tempoh selama tiga bulan, penerima yang layak akan
menerima RM100 sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi
rumah.
Penerima boleh memilih untuk berbelanja di lebih 300
rantaian kedai dan pasar raya di seluruh negara.
Baca juga:
Ini Tarikh Rasmi Pembayaran Bulan Oktober 2021 i-Citra
Sumbangan Kerajaan Sehingga RM250 Melalui i-Saraan
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Program PRIHATIN Kasih yang bermula satu Julai merupakan
kesinambungan kepada program e-Kasih yang ditambah baik.
DI MANA PEMBELIAN BOLEH DIBUAT?
Terdapat 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh Malaysia yang
boleh digunakan penerima bantuan untuk membuat pembelian barangan keperluan
termasuklah:
- Mydin
- The Store
- Giant
- Econsave
- Pacific
- Milimewa
- Lotus Stores (Tesco)
- 99 Speedmart
- Kedai-kedai runcit yang terpilih
TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih ini adalah berbeza
mengikut negeri. Berikut adalah maklumat tempoh pelaksanaan Program PRIHATIN
Kasih:
Negeri |
Tempoh
Pelaksanaan |
Selangor dan Kuala Lumpur |
Julai -
September 2021 |
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak,
Melaka, dan Terengganu |
Ogos - Oktober 2021 |
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah,
dan Sarawak |
September - November 2021; atau Oktober - Disember 2021 (Akan dimaklumkan kemudian) |
SEMAKAN PROGRAM PRIHATIN KASIH BARANGAN DAPUR
Penerima bantuan akan menerima SMS daripada MyKasih menyatakan
status pengesahan mereka sebagai penerima bantuan Program PRIHATIN Kasih. Penerima
juga akan diberikan tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai
runcit yang berdekatan.
Bagi mereka yang tidak menerima SMS, anda juga boleh membuat
semakan kelayakan secara atas talian (Online) melalui laman web semakan dengan menekan SEMAKAN ONLINE di bawah:
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, anda
boleh layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Alhamdulillah
ReplyDelete