Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan)
membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat
caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima
caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Insentif Persaraan (i-Saraan)
Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima
sumbangan Kerajaan sebanyak 15% [jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun (berkuatkuasa 1 Januari 2018)] ke atas caruman anda.
*Tidak
termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
*Sumbangan
kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Baca juga:
Bantuan RM800 Untuk Individu Belum Bekerja Tahun 2021
Bantuan Sehingga RM1,400 kuarantin
Bantuan Warga Emas Sehingga RM500
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Faedah
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran.
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).
Syarat kelayakan memohon
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 55 tahun ke bawah.
- Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).
- Ahli KWSP.
- Telah membuat pilihan i-Saraan [Menghantar borang
KWSP 16G(M)].
Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan
memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar
dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat
permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung
kepada kelayakan pemohon.
Cara Dan Saluran Pembayaran
Had Bayaran
- Minimum (RM sahaja) - Tiada had
- Maksimum (RM sahaja) – Tiada had - RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan - berkuat kuasa Januari 2013)
CARA MEMOHON
- My kad
- Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Muat Turun Risalah i-Saraan di sini - Risalah i-Saraan
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Sumber: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan