Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah
merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan
perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru
persekolahan.
Baca juga:
Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat MalaysiaYang Memerlukan
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan dibuka : 3 Ogos 2021 (Selasa)
Tarikh permohonan ditutup : 10 September 2021 (Jumaat)
SYARAT KELAYAKAN
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
- Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.
DOKUMEN SOKONGAN (PERLU DISAHKAN)
PEMOHON (ANGGOTA KT)
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
- Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
- Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
- Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota
ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)
- Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja).
- Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.
CARA PERMOHONAN
Untuk memohon, sila dapatkan borang permohonan dan hantar
maklumat lengkap pemohon serta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti
yang di nyatakan di atas. KLIK DISINI
PENGHANTARAN PERMOHONAN
Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui
Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)