Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya tentang tarikh bayaran
i-Citra bulan kedua. Seperti i-Sinar, bayaran akan diterima mengikut Tarikh yang
telah ditetapkan mengikut kategori permohonan masing-masing. Sama seperti i-Citra,
bayaran akan diberikan mengikut kategori dan Tarikh kelulusan masing-masing.
Oleh itu, di sini kami akan kongsikan maklumat tarikh pembayaran
serta semakan untuk i-Citra:
Baca juga:
Bantuan Sehingga RM1,400 Kuarantin
Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021
TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA
Untuk makluman, pembayaran i-Citra adalah bermula pada 1
September 2021. Ia mengambil masa 1 hingga ke 3 hari hari bekerja untuk proses pengkreditan
ke akaun bank ahli masing-masing bergantung kepada prosedur bank.
JADUAL BULANAN PEMBAYARAN I-CITRA
Jadual bulanan pembayaran i-Citra adalah sama seperti
i-Sinar. Berikut adalah penerangan tentang Tarikh pembayaran i-Citra:
Pembayaran untuk bulan kedua i-Citra adalah sama seperti Tarikh
pembayaran yang pertama dan begitu juga dengan pembayaran seterusnya.
Sebagai contoh, sekiranya bayaran bulan pertama adalah pada
tanggal 2 Ogos 2021, maka bayaran untuk bulan kedua juga akan diberikan pada
tanggal yang sama seperti bulan pertama iaitu pada 2 September 2021 (Jika ia
jatuh pada hari bekerja).
Sekiranya bayaran lambat, pengkreditan akan dibuat
sekurangkurangnya maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan tersebut.
Untuk info lanjut serta maklumat terkini mengenai i-Citra,
anda boleh terus membuat semakan status di laman web rasmi i-Citra.
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS I-CITRA
Semakan boleh dibuat melalui laman web i-Citra ataupun
i-Akaun.
Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra, anda boleh
terus membuat semakan di pautan berikut:
Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun, anda boleh
terus membuat semakan dipautan berikut:
https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai i-Citra,
anda boleh terus hubungi:
Hotline i-Citra 03-8922 4848 atau;
ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Untuk mendapatkan info-info terkini di media sosial, anda
boleh terus layari facebook rasmi KWSP.