PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL
Sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan
kepada ibu tunggal yang layak memohon melalui Program Bantuan Ibu Tunggal
iSejahtera.
Sumbangan wang sebanyak RM1000 diberikan secara secara
one-off kepada waris ibu tunggal sekiranya ibu tunggal meninggal dunia.
Baca juga:
Bantuan Warga Emas Sehingga RM500
Status Rayuan BPR 2021 & Bayaran Pada Ogos 2021
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
- Bercerai atau kematian suami
- Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
- Tidak berkahwin semula.
- Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.
CARA PENDAFTARAN BANTUAN IBU TUNGGAL iSejahtera
Permohonan boleh dibuat secara online atau manual:
Pendaftaran untuk Bantuan Ibu Tunggal secara atas talian
(online)-KLIK DISINI
Untuk permohonan secara manual, pemohon perlu mengisi borang
permohonan. Borang permohonan juga boleh didapati di Pejabat-pejabat Daerah,
Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46
KOMTAR. Hantar borang tersebut beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan
mengikut jenis permohonan yang dibuat.
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DISERTAKAN
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
- Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR.
SEMAKAN STATUS
Semakan status pendaftaran boleh dibuat melalui sistem
iSejahtera atau;
Hubungi Pejabat Masyarakat Penyayang melalui talian 04-650
5699/5700 atau
Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah sumbangan yang diberikan adalah sebanyak RM100
setahun sekali kepada yang layak.
Sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan
kepada waris Ibu Tunggal sekiranya Ibu Tunggal meninggal dunia.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantutan ini,
sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php