Seperti
yang kita sudah sedia maklum, semakan permohonan I-Citra telah dibuka sejak 16
julai lalu lagi. Ramai diantara mereka yang telah memohon mendapat keputusan lulus
permohonan setelah membuat semakan. Oleh itu, sekiranya anda tertanya-tanya
tentang jadual pembayaran i-Citra, di sini kami akan kongsikan bagaimana
pembayaran bulanan i-Citra di buat dan bagaimana cara untuk membuat semakan.
Tujuan
i-Citra adalah untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang
terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memenuhi keperluan asas
untuk kelangsungan hidup mereka. Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada
jumah simpanan KWSP anda. Difahamkan seramai 12.6 juta ahli KWSP akan mendapat
manfaat namun.
Ikuti maklumat
yang kami kongsikan mengenai i-Citra di bawah. Sila buat semakan permohonan
anda melalui dua (2) kaedah semakan di bawah.
Baca juga maklumat:
BantuanKewangan RM600 Untuk Pekerja Di Seluruh Malaysia
Dah BuatSemakan Status Kelayakan Bantuan RM100 Sebulan?
SEMAK TARIKH PEMBAYARAN I-CITRA
Terdapat dua
cara untuk membuat semakan permohonan i-Citra iaitu melalui laman web i-Citra
atau melalui i-Akaun
Laman Web i-Citra:
Untuk
membuat semakan melalui laman web i-Citra, anda boleh terus semak di pautan i-Citra
Laman Web
i-Akaun:
Untuk
membuat semakan melalui laman web i-Akaun, anda boleh terus semak di pautan i-Akaun
Jadual Pembayaran Bulanan i-Citra
Tarikh pembayaran i-Citra untuk bulan-bulan yang seterusnya adalah sama dengan tarikh pembayaran
bulan pertama anda.
Sebagai contoh,
sekiranya pembayaran i-Citra pertama anda adalah pada 2 Ogos 2021 maka
pembayaran untuk bulan seterusnya adalah pada 2 September jika jatuh pada hari
bekerja.
Sekiranya pembayaran
lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum
akhir bulan berkenaan.
Maklumat Lajut
Untuk
mengetahui lebih mengenai i-Citra KWSP, anda boleh terus masuk ke laman rasmi KWSP
di pautan