Salah satu jenis skim bantuan kebajikan yang boleh didapati melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA
(EPOKU).
Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja,
serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Baca juga:
Semakan Status Rayuan BPR 2021 & Bayaran Pada Ogos 2021
Bantuan Warga Emas Sehingga RM500
Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40
KELAYAKAN
1) Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2) Berumur 16 tahun dan ke atas;
3) Pemegang kad OKU JKM;
4) Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan
dengan kelulusan KPKM
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai
Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri,
yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah
senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah RM450 sebulan seorang.
CARA PERMOHONAN
Untuk memohon sila rujuk di Portal Rasmi JKM dipautan
berikut:
BORANG YANG BERKAITAN
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak JKM di alamat Ibu
Pejabat JKM berikut:
IBU PEJABAT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 - 8000 8000
Faks : 03 - 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)