BANTUAN WARGA EMAS DINAIKKAN
Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga
Emas ataupun Bantuan Kebajikan Orang Tua telah dinaikkan daripada RM350 kepada
RM500 seorang. Ia selaras dengan apa yang dinyatakan dalam belanjawan 2021.
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Untuk makluman, ia hanyalah untuk warga emas yang berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Baca juga:
Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 'One-Off'
Semakan Status Rayuan BPR 2021 & Bayaran Pada Ogos 2021
- PEMERKASA+
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500
Orang tua atau warga emas yang ingin memohon hendaklah
memenuhi syarat kelayakan berikut:
1) Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
2) Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
3) Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per
Kapita Semasa; dan
4) Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi
kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan
/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
iii. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan
dengan kelulusan KPKM.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan
dengan kelulusan KPKM
CARA UNTUK MEMOHON
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah yang dinyatakan
di bawah ini:
- Masuk ke laman web Bantuan JKM 2021
- Tekan pada butang ‘Daftar Permohonan’
- Pilih negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan pemohon
- Kemudian tekan butang ‘Daftar’
- Dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian, sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon. Untuk mengtahui pejabat untuk setiap daerah, sila rujuk Di SINI
- Sila bawa bersama segala dokumen yang diperlukan.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Muat Turun Borang di bawah:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh
layari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php atau sila hubungi Jabatan Kebajikan
Masyarakat di alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
No. Tel: 03-8000 8000
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia