Bantuan Sehingga RM1,400 Bagi Mereka Yang Dikuarantin

PELUANG KERJAYA
0



 KADAR BANTUAN ELAUN KUARANTIN

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada individu yang sedang menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah dengan jumlah RM100 sehari.

 

Maximum penerimaan bantuan RM100 ini hanya boleh sehingga maximum 14 hari sahaja.

 

Pemberian adalah secara (one-off) dan hanya sekali sahaja dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 (Tidak akan diberikan bagi kes-kes yang berulang).


Baca juga: 

Cara Memohon EPOKU RM450 Sebulan

Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  


SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100 SEHARI

1. Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia;

Atau,

2. Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).

 

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK

  1. Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

 

CARA PERMOHONAN

 

Muat turun dokumen-dokumen di laman web www.nadma.gov.my.

Borang Permohonan Bantuan Khas COVID19 (Lampiran A)

Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)

Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

 

2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:

 

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

52502 PUTRAJAYA

(u.p. : Sekretariat KWABBN)

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Permohonan Bantaun Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diaskui Sah)

3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):

i) Bagi pemohon yang di bawah perintah kawalan Pengawasan dan Pemerhatian.

a. Salinan Borang Pengawasan Dan Pemerhatian.

b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman.

 

ii) Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh pihak KKM untuk merawat Covid-19.

a. Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh pihak KKM untuk merawat Covid-19.

 

4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal).

5. Salinan penyata bank/muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah).

** Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank/muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta Salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

 

SISTEM SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID19

https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

 

CARA BAYARAN

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.


 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 ini, anda boleh rujuk menerusi laman web rasmi NADMA di pautan berikut:

www.nadma.gov.my



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !