Untuk makluman, di sini terdapat satu bentuk bantuan khas buat
para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA, IPTS dan Politeknik di
seluruh Malaysia. Institusi pengajian tinggi tersebut hendaklah Institusi
pengajian yang tersenarai dalam Malaysian Qualification Agency (MQA), sila
rujuk senarai IPTA, IPTS dan Politeknik yang tersenarai dalam MQA di bawah.
Bantuan ini adalah bantuan yang diberikan melalui iBita
iaitu bantuan pendaftaran pelajar ke institusi pengajian tinggi negeri Pulau
Pinang. Sekiranya anda ingin membuar permohonan, sila rujuk maklumat dibawah.
Baca juga:
Sumbangan Kerajaan RM250 Setahun (i-Saraan)
Bantuan RM800 Untuk Individu Belum Bekerja
Bantuan Warga Emas Sehingga RM500
JUMLAH BANTUAN iBita
Universiti di Semenanjung = RM1,000.00
Universiti Sabah dan Sarawak = RM1,200.00
Politeknik Malaysia = RM300.00
SYARAT PERMOHONAN
1) Pemohon WAJIB mengisi borang permohonan secara atas
talian (ONLINE) di laman web http://ibita.penang.gov.my/
2) Pendapatan isi rumah (ibu/bapa/penjaga) tidak melebihi
RM8,000.00. (Gaji Pokok Sahaja).
3) Ibu / Bapa / Penjaga (salah seorang) mestilah merupakan
pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
4) Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda Sepenuh Masa pada tahun semasa sahaja.
5) Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali
sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana
Muda
6) Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama
borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:
6.1 Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/)
6.2 Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik
6.3 Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran
6.4 Salinan Kad Pengenalan Pelajar
6.5 Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
6.6 Salinan Penyata Gaji terbaru/ Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga
6.7 Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin. (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).
6.8 Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
**Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh YB KADUN/ Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional/ Penghulu/ yang setaraf dengannya.
7) Proses rayuan permohonan hanya perlu dilakukan di
peringkat Pejabat Daerah dan Tanah sahaja mengikut syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam garis panduan.
8) Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh
tutup penghantaran akan ditolak
SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERSENARAI DALAM MALAYSIAN QUALIFICATION AGENCY (MQA)
Hanya 20 buah IPTA, 6 buah IPTS dan 36 buah Politeknik
Malaysia sahaja yang layak memohon seperti berikut :
20 BUAH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM
- UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
- UNIVERSITI MALAYA (UM)
- UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
- UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
- UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
- UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
- UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
- UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
- UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
- UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
- UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
- UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
- UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
- UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
- UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
- UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
- UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
- UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
6 BUAH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA
- UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
- UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
- UNIVERSITI AIMST (AIMST)
- KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
- KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
- MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY COLLEGE (MSU) PULAU PINANG
36 BUAH POLITEKNIK MALAYSIA
- POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR (PMKL)
- POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)
- POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU (PMJB)
- POLITEKNIK METRO BETONG (PMBS)
- POLITEKNIK METRO TASEK GELUGOR (PMTG)
- POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
- POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
- POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
- POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
- POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
- POLITEKNIK BESUT (PBT)
- POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
- POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
- POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
- POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (POLIMAS)
- POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
- POLITEKNIK MELAKA (PMK)
- POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
- POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
- POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
- POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
- POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
- POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
- POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
- POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
- POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
- POLITEKNIK JELI (PJK)
- POLITEKNIK NILAI (PNS)
- POLITEKNIK BANTING (PBS)
- POLITEKNIK MERSING (PMJ)
- POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
- POLITEKNIK TAWAU (PTS)
- POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
- POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
- POLITEKNIK KUCHING SARAWAK(PKS)
- POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN
Untuk maklumat penuh mengenai bantuan ini, anda boleh terus
masuk ke laman web rasmi iBita di pautan berikut:
https://ibita.penang.gov.my/public/home.php