Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program bantuan
Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40
kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar yang berdaftar dan
disahkan dalam Sistem eKasih.
Mulai 1 Februari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan
Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020
dalam penentuan status kemiskinan terkini. Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya
akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata
nasional RM1,169.
Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga
RM40 setiap bulan.
Baca juga:
Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2021
Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat MalaysiaYang Memerlukan
Program Bantuan Ibu Tunggal RM100
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40
- Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih;
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
- Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
- Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalty lewat bayar);
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada 2019 dan 2020;
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
SEMAKAN KELAYAKAN
Untuk mengetahui maklumat program dengan lebih lanjut, sila
rujuk dipautan berikut:
https://semakanrebat.ketsa.gov.my/
Sila kongsikan maklumat ini kepada orang ramai agar ramai
yang tahu dan tidak terlepas mengenai bantuan-bantuan terkini yang ada.