Bakul Prihatin Negara adalah satu bentuk inisiatif bantuan Kerajaan
untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi
memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk membuat
permohonan Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang
pendemik COVID-19.
Baca juga:
Program Bantuan Ibu Tunggal RM100
Bantuan Warga Emas Sehingga RM500
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;
- Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;
- Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
- Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat.
Muat Turun Borang Berikut:
Lampiran A – Borang Permohonan
Lampiran B – Akuan Penerimaan Bakul Prihatin
BARANGAN ASAS YANG TERDAPAT DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA
Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) jenis
barangan iaitu:
- Beras (5 Kg)
- Gula (1 Kg)
- Tepung (2 Kg)
- Bihun (400 Gm)
- Kicap (650 Ml)
- Sardin (230 Gm)
- Biskut
- Kopi
Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin
Negara sahaja.
Walaubagaimanapun, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan
akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga yang memerlukan
lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan
wajar dan perlu untuk diberikan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Bakul Prihatin
Negara, sila rujuk di laman rasmi JKM di pautan berikut:
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia