Seperti yang kita sedia maklum yang pihak kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan BPR tambahan susulan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh masa dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021, dan kini dilanjutkan lagi.
Perlaksanaan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) ini diumumkan
setelah kes Covid-19 negara semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Perlaksanaan
PKP ini pasti memberi impak yang besar kepada kita terutamanya dari segi pendapatan.
Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan BPR Tambahan
yang merupakan salah satu pakej di bawah PEMERKASA PLUS (PEMERKASA+) bagi
membantu golongan isi rumah dan bujang yang terjejas. Berikut adalah maklumat
BPR Tambahan yang telah diperkenalkan.
Baca juga artikel ini :
Cara Membuat Permohonan GKP 4.0 RM1,000 - PEMULIH
Ringkasan Bagi Bantuan Khas Covid-19 ~ PEMULIH
KADAR BANTUAN BPR TAMBAHAN
Kerajaan memperuntukkan 2.1 billion ringgit bagi menambah
kadar Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR di bawah PEMERKASA Plus (PEMERKASA+). Berikut
adalah kadar bantuan mengikut kategori:
Isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500
- BPR Tambahan sebanyak RM500
Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
- BPR Tambahan sebanyak RM300
Golongan bujang
- BPR Tambahan sebanyak RM100
TARIKH RASMI BAYARAN BPR TAMBAHAN
Tarikh pembayaran BPR bermula pada 30 JUN 2021 (RABU).
Pembayaran adalah secara berperingkat. Ini bermaksud, tidak
semua orang akan menerima bayaran pada 30 Jun 2021, akan tetapi ia diberikan secara berperingkat.
Untuk Bantuan tambahan kali ini, penerima BPR yang sedia ada
bakal menerima bayaran secara langsung tanpa perlu membuat permohonan lagi.
Oleh itu, anda boleh semak status bayaran BPR anda di laman rasmi semakan BPR.
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉
Sumber: bharian
Saya dapat bantuan fasa 1 RM 150 . Tapi Fasa 2 dan bantuan tambahan RM 100 tak dapat tiba tiba
ReplyDeleteSalam dan selamat sejahtera Tuan² & Puan² semua..saya penerima bantuan ini dari zaman Br1m lagi tidak pernah miss..sekarang saya tidak lagi menerima bantuan ini.. Last sya 150..sepatut nye ad lagi baki 200 tapi smpi skrg sya xdpt baki tu..BPR the tmbham 100 pun saya tidak dapat.. ����
ReplyDeleteI really can't understand the system BKC ..I'm a widow+ single mother with 3 children and how come I'm in bujang category. Furthermore last year I never get any bantuan as told by our ministers.. this year after semak kini... My status in Proses and T ..I dono what's means of "T"..
ReplyDelete