Seperti apa yang telah di umumkan oleh Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bersetuju untuk memberi peluang kepada pencarum
KWSP untuk mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000 dari akaun mereka menerusi
i-Citra KWSP. Ini adalah salah satu
inisiatif kerajaan dalam Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi
(PEMULIH).
Tujuan i-Citra adalah untuk memberi kemudahan kewangan
tambahan kepada ahli yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Jumlah
pengeluaran adalah tertakluk kepada jumah simpanan KWSP anda. Dimaafkan Seramai
12.6 juta ahli KWSP akan mendapat manfaat namun.
Baca juga:
Pembayaran Saman Diskaun 50% Masih Dibuka
Tarikh Permohonan
15 Julai sehingga 30 September 2021
Syarat Kelayakan
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah dan terbuka juga kepada bukan warganegara atau pemastautin tetap.
- Mempunyai sekurang-kurangnya jumlah simpanan RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Amaun Yang Layak Dikeluarkan
Tempoh pengeluaran adalah sehingga 5 bulan dengan maksimum boleh
dikeluarkan adalah sehingga RM5,00. Walaubagaimanapun, ia adalah bergantung
kepada jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses bayaran i-Sinar
yang akan datang (jika ada).
Ini bermakna pengeluaran setiap bulan adalah dihadkan kepada
RM1,000 atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan ahli.
Manakala minimum pengeluaran adalah berjumlah RM50 dan perlu
meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun satu.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi portal i-Citra di
https://icitra.kwsp.gov.my/
Portal boleh mula diakses pada 15 Julai 2021.
Maklumat lanjut mengenai permohonan akan dikemaskini dari
semasa ke semasa.
Cara Membuat Semakan
Tarikh Pembayaran
Pelaksanaan bayaran akan dibuat pada bulan ogos 2021 bagi
mereka yang layak dan lulus permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan
i-Citra, anda boleh terus hubungi
Talian hotline i-Citra 03-8922 4848 atau;
Rujuk laman web KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
selamat petang
ReplyDeletesaya Abdul sallim wahab,ic:770315086373,saman tiada lesen motosikal,pada tahun 2007,kan saman dkt toll sungai nyok butterworth.tlg semak
Semak la kat portal polis trafik jpj..ko dulu skola arab ke
ReplyDeleteBulu ko xnk semak skali ke kot2 ad covid..
ReplyDelete