Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi
membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.
Selama tiga bulan, individu yang layak akan menerima RM100
sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.
Menariknya, mereka boleh memilih untuk berbelanja di lebih
300 rantaian kedai dan pasar raya di seluruh negara.
Baca juga artikel ini:
Inisiatif Bantuan Diskaun Bil Elektrik 40%
Program PRIHATIN Kasih yang bermula satu Julai merupakan
kesinambungan kepada program e-Kasih yang ditambah baik.
Lokasi Pembelian Boleh Dibuat
Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di
300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara termasuk:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Kedai-kedai runcit yang terpilih
Tempoh Pelaksanaan
Tempoh Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih ini adalah berbeza
mengikut negeri.
Selangor dan Kuala Lumpur
- Julai hingga September 2021
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka,
dan Terengganu
- Ogos hingga Oktober 2021
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan
Sarawak
- September hingga November 2021; atau Oktober hingga Disember 2021 (akan dimaklumkan kemudian)
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan Bantuan boleh dibuat melalui laman:
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari
laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.
Sumber: berita rtm, mykasih
Macam Mana memohon ekasih
ReplyDeleteSemak bpr
ReplyDeleteKenapa tahun lalu bpr lulus tiba2 tahun ini bpr tak lulus pula?
ReplyDeleteMacam mana memohon ekasih
ReplyDeleteMacam mana nk Mohon ekasih
ReplyDeleteSY seorang ibu tunggal anak3 orang