Untuk makluman Bantuan ini adalah bantuan kebajikan yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan serta perlu memenuhi syarat kelayakan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Skim
Bantuan Kebajikan merupakan skim perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya
dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Ikuti perkembangan bantuan-bantuan terkini di group telegram👉
Secara
prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan
Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke
arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan
satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses
pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap
penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Baca juga:
Semakani-Citra KWSP Mulai 16 Julai 2021
PembayaranSaman Diskaun 50% Masih Dibuka
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN
Berikut
adalah objektif Skim Bantuan Kebajikan:
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
SENARAI BANTUAN YANG DISEDIAKAN
Berikut
adalah jenis bantuan serta jumlah yang diberikan setiap bulan bagi mereka yang
layak:
Jenis Bantuan |
Jumlah Terdahulu |
Jumlah
Terbaru |
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) |
RM100 - RM450 |
RM150 –
RM1,000 |
Elaun Pekerja Cacat (EPC) |
RM400 |
RM450 |
Bantuan Penjagaan OKU
Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) |
RM350 |
RM500 |
Bantuan Orang Tua (BOT) |
RM350 |
RM500 |
Bantuan Anak Pelihara (BAP) |
RM200 - RM500 |
RM250 –
RM500 |
Bantuan Am Persekutuan (BA) |
RM100 –
RM350 |
RM100 –
RM350 |
Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
(BTB) |
RM250 |
RM300 |
Bantuan Latihan Perantis (BLP) |
RM200 |
RM200 |
CARA PERMOHONAN
Bagi anda
yang layak dan ingin membuat permohonan, anda boleh terus pergi ke mana-mana
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh
negara.
Siasatan akan
dilakukan terlebih dahulu bagi setiap permohonan untuk tujuan penilaian
(means-tested). Ini adalah untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada para
pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang
berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sila isi borang
permohonan serta dokumen yang diminta untuk membuat permohonan. Sila rujuk Portal
Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dapatkan borang permohonan serta
maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan disediakan.
INFO
BANTUAN LAIN
Ikuti
perkembangan bantuan-bantuan terkini di group telegram👉
Sumber: JKM
Belum masuk 100
ReplyDeleteSabo...bjuta2 org kt mlaysia ni bkn nk hadap ko sorang je..baca quran dlu ke smbhyg ke
ReplyDeleteMacamana nak tahu bantuan RM100 telah dikreditkan ke dlm MYKAD?
ReplyDelete