Kepada Warganegara
Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan
atau tidak dibayar gaji kerana menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari
Kementerian Kesihatan Malaysia menjalani rawatan, anda layak untuk memohon
Bantuan Khas Covid-19 sebanyak RM100 sehari.
Kadar
bayaran ini akan diberikan maksimum sehingga 14 hari (one off) tertakluk kepada
sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak
Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang
dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19
(warded).
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉
Bantuan
khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan
jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang. Ikuti
maklumat Bantuan Khas COVID-19 yang akan kami kongsikan.
Baca juga:
KemudahanMemiliki Rumah Sendiri Atau Sewa
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian.
- Warganegara Malayisa yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang menjalani tempoh rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19.
Pemohonnan tidak layak
- Bukan warganegara Malaysia.
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian /menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran Covid-19.
Kadar bantuan
RM100
sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian.
Kaedah Permohonan
1) Baca
garis panduan dengan teliti;
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
2) Sertakan
dokumen wajib berikut;
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
- Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
3) Muat
turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;
- Borang
Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf
- Borang
Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);
http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf
4) Hantar
permohonan lengkap kepada;
i. Whatsapp
011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan dan pertanyaan
tidak akan dijawab);
atau
ii. Email
ke bkcovid19@nadma.gov.my
atau
iii. Pos kepada;
Ketua Pengarah
Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan
Perdana Menteri
Aras 7,
Blok D5, Kompleks D
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502
PUTRAJAYA
(u.p. :
Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)
Nota:
Permohonan dan dokumen Asal KKM yang dipos akan terus diproses secara fast
track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM. Permohonan dan
dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan
data KKM.
Kaedah pembayaran
Bayaran
akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) penerima dalam tempoh 30 hari
bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Maklumat Lanjut
Anda boeh
terus melayari laman web rasmi NADMA di www.nadma.gov.my
untuk info-info terkini mengenai Bantuan Khas Covid-19.
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉
Sumber: NADMA