Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun
saman trafik sebanyak 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit
Aman Datuk Azisman Alias, berkata tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman
dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan dalam tahun ini,
kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.
Baca juga:
Bantuan Insentif Ibu Bersalin (IIB) RM450
Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 sehari
Cara dapatkan diskaun saman 50%
Untuk mendapatkan bayaran saman diskaun sehingga 50%, anda boleh
membuat bayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.
Ini adalah salah satu peluang bagi anda yang mempunyai saman
tertunggak untuk membuat pembayaran secara diskaun sebelum tarikh tutup kempen.
Bagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun saman itu tidak
termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan
berat, pengubahsuaian ekzos serta kes saman dalam sebutan mahkamah.
Tarikh pelaksanaan
Tarikh pelaksanaan kempen bayar saman ini adalah bermula
pada 18 Jun sehingga 18 Julai 2021. Oleh itu, kepada anda yang masih ada saman
yang belum dibayar, anda masih berpeluang untuk membuat pembayaran dengan bayaran
diskaun 50% melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman.
CARA MEMBUAT PEMBAYARAN
Ada dua cara untuk membuat pembayaran iaitu melalui portal
MyBayar Saman dan aplikasi MyBayar Saman.
Melalui Portal:
Melalui Aplikasi:
i) Apple store -
https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
ii) Huawei Appstore - https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
iii) Google Playstore
Sumber: bharian, mybayar.rmp.gov.my