Seperti dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan
Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan
bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak
sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November
ini.
Untuk pengetahuan anda, GKP 4.0 adalah satu bentuk bantuan
kewangan yang diberikan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro
yang berkelayakan untuk membantu aliran tunai perniagaan di samping
meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Baca juga:
Permohonan Bantuan Sehingga RM1,000 - B40
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA GKP 4.0
PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
- Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
- Permohonan baharu GKP 4.0
NILAI BANTUAN GKP
Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
Layak GKP 4.0 |
Nilai Bantuan |
Penerima
sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang
berstatus Lulus |
RM1,000 (2 Fasa) |
Lulus
permohonan baharu GKP 4.0 |
RM1,000 (2 Fasa) |
SYARAT PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU GKP 4.0
- Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN GKP 4.0
Permohonan boleh dibuat menerusi portal rasmi GKP
(https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual melalui cawangan-cawangan
LHDNM tidak akan diterima.
KAEDAH PEMBAYARAN GKP 4.0 DIBUAT
Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon seperti
yang telah didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada
GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada
akaun bank simpanan atau semasa yang aktif sahaja.
PERMOHONAN BAHARU GKP 4.0 BAGI YANG TIDAK LULUS PERMOHONAN
SEBELUM INI
Bagi anda yang tidak lulus GKP 1.0, 2.0 & 3.0, anda juga
boleh membuat permohonan baharu untuk GKP 4.0.
TARIKH BAYARAN
Berikut adalah tarikh pembayaran dibuat:
Penerima GKP |
Tarikh pembayaran |
|
Fasa 1 (September 2021) |
Fasa 2 (November 2021) |
|
Penerima
sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
yang berstatus Lulus |
RM500 |
RM500 |
Lulus
permohonan baharu GKP 4.0 |
RM500 |
RM500 |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui lebih banyak mengenai bantuan GKP 4.0, anda
boleh rujuk di pautan https://gkp.hasil.gov.my
Ikuti perkembangan bantuan-bantuan terkini 👉