Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk
penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi
golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi
projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉
PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu:
- PPR Disewa.
- PPR Dimiliki
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR
Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk
perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi
Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
PROJEK PPR (DIMILIKI)
Kerajaan turut melaksanakan PPR Dimiliki yang bertujuan
untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki
rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di
Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Ciri-ciri PPR
-Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5
hingga 18 tingkat
-Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
-Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
-Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik
Air
-Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-Syarat Permohonan:
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
PROJEK PPR (DISEWA)
Program PPR Disewa telah diperkenalkan pada Februari 2002
bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan
rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan.
Ciri-ciri PPR:
-Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5
hingga 18 tingkat
-Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
-Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
-Binaan - 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik
Air
-Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-Syarat Permohonan:
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
CARA DAFTAR AKAUN SPRN & MEMOHON SKIM PERUMAHAN
Pendaftaran Atas Talian SPRN
Pendaftaran SPRN boleh dibuat melalui pautan
https://sprn.kpkt.gov.my/
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui laman rasmi TEDUH-
- Daftar akaun SPRN
- Log masuk ke SPRN
- Pilih Skim mengikut kelayakan
- Lengkapkan maklumat pemohon
- Pilih projek
- Muat naik dokumen sokongan
- Pengesahan (Hantar Permohonan)
Senarai Dokumen yang perlu dimuat naik di SPRN (Skim PPR)
Pemohon:
- Kad pengenalan/ Kad polis/ Kad tentera.
- Bil elektrik/ Bil telefon/ Bil air kediaman terkini.
- Kad OKU/ Surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
- Surat pengesahan majikan (jika berkenaan)
- Surat akuan sumpah bekerja sendiri (jika berkenaan)
- Sistem maklumat rujukan pusat permohonan (CCRIS/CTOS)
- Penyata gaji terkini pemohon (Jika berkenaan)
- Penyata KWSP/Penyata Cukai pendapatan (Jika berkenaan)
- Kad pencen pemohon (Jika berkenaan)
- Surat akuan sumpah bujang (jika berkenaan)
Pasangan:
- Kad pengenalan/ Kad polis/ Kad tentera
- Sijil nikah/ Dokumen yang setara (Jika berkenaan)
- Kad OKU/ Surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
- Surat pengesahan majikan (Jika berkenaan)
- Surat akuan sumpah bekerja sendiri (Jika berkenaan)
- Surat akuan sumpah tidak bekerja (Jika berkenaan)
- Penyata KWSP pasangan (Jika berkenaan)
- Penyata KWSP (Tidak bekerja) (Jika berkenaan)
- Sistem maklumat rujukan pusat (CCRIS/CTOS)
- Penyata gaji terkini (Jika berkenaan)
- Penyata KWSP/ Penyata cukai pendapatan (Jika berkenaan)
- Kad pencen pasangan (Jika berkenaan)
- **Surat cerai/ Sijil kematian (Jika berkenaan)
Tanggungan:
- Kad pengenalan/ MyKid tanggungan/ Surat beranak (Jika berkenaan)
- Kad OKU/ Surat pengesahan OKU tanggungan (Jika berkenaan)
Malumat lanjut
Untuk sebarang persoalan/kemusykilan, anda boleh rujuk di:
Pertanyaan Program
Skim PPR :
03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang,
Terengganu)
Teknikal / Masalah Sistem
Tel: 03-8891 4475
Email: teduh@kpkt.gov.my
Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta
Tel: 03-88914200
Sumber: https://teduh.kpkt.gov.my/
OK tq for info
ReplyDelete