Dalam pakej PEMERKASA, Program PRIHATIN Kasih telah dilaksanakan bagi membantu golongan miskin bandar untuk mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.
Info-info Bantuan
Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Individu yang layak akan menerima RM100 sebulan selama tiga
(3) bulan yang akan dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.
Mereka boleh memilih untuk berbelanja di lebih 300 rantaian
kedai dan pasar raya di seluruh Malaysia.
Pembayaran GKP 4.0 Adalah Menerusi
Akaun Bank Yang Aktif & Telah Didaftarkan
Program PRIHATIN Kasih yang bermula 1 Julai ini merupakan
kesinambungan kepada program e-Kasih yang telah ditambah baik.
Lokasi Pembelian Boleh Dibuat
Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di
300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara termasuk:
- Giant
- Mydin
- Econsave
- The Store
- Milimewa
- Pacific
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Kedai-kedai runcit yang terpilih
Tempoh Pelaksanaan Program
Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih ini adalah berbeza
mengikut negeri.
Selangor dan Kuala Lumpur :
Julai hingga September 2021
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis, Melaka,
dan Terengganu :
Ogos hingga Oktober 2021
Negeri Sembilan, Pahang, Labuan, Putrajaya, Sabah, dan
Sarawak :
September hingga November 2021; atau
Oktober hingga Disember 2021
(Dimaklumkan kemudian, ikuti perkembangan Program PRIHATIN
Kasih di sumber-sumber yang sahih)
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan Bantuan boleh dibuat melalui laman: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari
laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Sumber: mykasih, berita rtm
Tolong saya.disebabkan tidak sempat utk mohon dan update bpn/bpr selama hampir setahun.sy tidak dpt semua skali bantuan yg ada krn semuanya link dgn bpn/bpr.walhal sy tidak punya apa2 harta dlm dunia kecuali apa yg Allah bagi.mohon tolong sy.sy cuma nk mcm mn yg org lain dpt.sy akui mgkin ini salah saya yg tidak peka dan mgkin trlambat utk update bpr/bpn atas masalah/sebab2 peribadi sy yg trtentu.
ReplyDelete