Daftar Bantuan Peranti RM300 & Pelan Data Bulanan RM180 - Jaringan Prihatin

PELUANG KERJAYA
0

 

Bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih adalah salah satu inisiatif di bawah belanjawan2021 menerusi Program Jaringan Prihatin yang dapat memanfaatkan 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di seluruh Malaysia.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Kepada anda yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Di fahamkan yang tarikh permohonan untuk inisiatif jaringan ini dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2021.

 

Program Jaringan Prihatin ini melinbatkan kerja sama diantara pihak Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi yang ada di Malaysia. Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang terlibat:

 

12 SYARIKAT TELEKOMUNIKASI

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Mcalls
  • redone
  • speakOUT
  • Tune Talk
  • Umobile
  • Unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • YES
  • Yoodo

 

KELAYAKAN

Warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Penerima yang layak boleh memilih salah satu daripada dua manfaat ini, sama ada pakej peranti atau pelan data bulanan:

Mempunyai anak di bawah umur 18 tahun

  • Bantuan Pakej Peranti RM300; atau Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan: RM180

Tiada anak di bawah umur 18 tahun

  • Bantuan Pakej Peranti RM180; atau Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan (RM15/bulan):RM180

 

TARIKH PENDAFTARAN

Tempoh Pelaksanaan Program adalah daripada 5 Mei hingga 31 Ogos 2022.

 

 

CARA PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web syarikat telekomunikasi anda masing-masing:

 

DIGI

Pendaftaran: https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm



U Mobile

Pendaftaran: https://www.u.com.my/jprihatin/en.html



Celcom

Pendaftaran: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin



Unifi

Pendaftaran: https://unifi.com.my/jaringanprihatin




Maxis

Pendaftaran: https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/



 

YES

Pendaftaran: https://prihatin.yes.my/



 

XOX Mobile

Pendaftaran: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en



 
Yoodo

Pendaftaran: https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin/


 

PROSES LANGGANAN


Tidak boleh:

  • Menebus Jaringan Prihatin lebih dari sekali sebulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan dibuat dalam bulan kalender yang sama. Namun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza mengikut syarikat telekomunikasi dan mengikut pelan prabayar dan pasca bayar.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau menukarnya kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.

 

*Boleh rujuk di laman sesawang syarikat telelkomunikasi masing-masing untuk maklumat yang lebih terperinci.

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

 


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !