Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan yang sangat
membantu perniagaan terutama bagi kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas
terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.
Info-info Bantuan
Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Selepas beberapa siri PSU diumumkan sejak tahun lalu,
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej
Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu, turut
mengumumkan peruntukan RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja
bagi PSU 4.0.
Kerajaan akan menampung hingga 500 pekerja bagi setiap
majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan mulai 1
Ogos ini dan tiada lagi had gaji bawah RM4,000 ditetapkan.
Baca juga:
Dah Buat Semakan Status Kelayakan Bantuan RM100 Sebulan?
Pembayaran GKP 4.0 Adalah Menerusi Akaun Bank Yang Aktif
& Telah Didaftarkan
MENGENAI PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0
OBJEKTIF PROGRAM
Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat
Covid-19 akibat penutupan operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan pekerja hilang
pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.
SYARAT KELAYAKAN
Penurunan jumlah jualan/pendapatan bulanan sebanyak 30% atau
lebih bagi tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019/2020.
Untuk kelayakan program kali ini, penetapan kadar had gaji tidak
lagi diperlukan seperti sebelum ini (Sebelum ini had gaji adalah RM4,000)
Majikan perlu memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji
pekerja.
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat oleh pihak majikan bagi mendapatkan
bayaran untuk pekerjanya dengan mengikuti langkah yang berikut:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) - klik
DI SINI
Selepas permohonan lengkap diisi melalui pautan
https://prihatin.perkeso.gov.my/, pihak majikan akan menerima nombor rujukan dan
boleh menggunakan nombor rujukan yang diberikan untuk menyemak status
permohonan.
Untuk menyemak senarai nama majikan yang lulus permohonan PSU,
semakan boleh dibuat di pautan https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk jumlah
bilangan pekerja yang diluluskan.
Maklumat Lanjut
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Subsidi Upah 4.0
di laman web rasmi PERKESO-Klik Disini
Info-info Bantuan
Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia
Sumber: bharian, PERKESO
Thankyou
ReplyDeleteKurang bekerja..
ReplyDelete