Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan
Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 tahun lalu, YAB Ketua Menteri
Sarawak telah mengumumkan tentang Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450.00.
Insentif Ibu Bersalin berjumlah RM450 ini diberikan kepada
setiap ibu yang melahirkan anak, bermula 1 Januari 2020. Objektif BIB adalah
untuk membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak.
Di sini kami akan kongsikan maklumat mengenai Bantuan
Insentif Ibu Bersalin (BIB / IBB) ini. Sila rujuk syarat permohonan serta cara untuk
memohon di bawah.
Syarat-syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Pendaftaran boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.
Permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan Ibu;
- Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga;
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;
- Salinan buku rekod kesihatan ibu;
- Salinan buku akaun/penyata akaun; dan
- Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi;
CARA PERMOHONAN
Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:
i) Online melalui pautan ini http://bit.do/permohonanbib
atau
ii) Manual melalui Borang Permohonan
Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah berikut:
i) Boleh dimuat turun di pautan http://bit.do/borangbib atau
ii) Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat
Bahagian/Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di
Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)
Penghantaran Borang Permohonan boleh dibuat melalui kaedah
berikut:
i) Boleh dikembalikan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan
Masyarakat Bahagian/Daerah / Pejabat Dearah / Cawangan Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Di Kuching sahaja)
Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami
melalui:
1) Tel: +6082-442050 (Beroperasi mengikut waktu pejabat);
2) Facebook: https://www.facebook.com/iSarawakCare atau
3) E-mel: bantuan.ibubersalin@gmail.com
KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu
Bersalin (BIB)
KLIK DI SINI untuk
mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉
Sumber: kwkpk.sarawak.gov.my