Penyanyi
berumur 35 tahun, Nubhan berkongsi detik cemas apabila ibunya atau dikenali
dengan panggilan Omak Jenny mengalami kecederaan selepas terjatuh semasa berada
di dalam bilik air pada sabtu lalu.
Menurut Nubhan
atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, kejadian itu disedari oleh isterinya,
Afifah hidayah Ahmad iaitu pada sekitar jam 2.30 pagi
“Jam 2.30
pagi isteri saya jerit! Yang! Mak jatuh dalam bilik air! Saya terkejut dan terus
berlari ke mak. Masa tu mak dah mengesot ke pintu tandas tak boleh bangun.
“Hanya
Allah yang tau betapa risau dan takutnya saya kalua apa-apa terjadi kat mak
dengan usianya yang dah 76 tahun. Risau terhentak di pinggang atau kaki yang
boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan.
“Nubhan…
Mak jatuh tadi, lantai tu licin (dalam nada sebak mak cakap kat saya). Ya Allah
betapa bersalahnya saya rasa… terasa gagal dalam menjaga mak,” tulisnya di
Instagram (IG).
Nubhan
berasa bersyukur dan lega apabila ibunya hanya cederah dibahagian tangan
sahaja.
“Tangan mak
sedikit retak. Tapi alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa satu
bulan.
“Insya-Allah…
mohon doakan mak saya cepat sembuh. Doa-doa kalian sangat magis,” tulisnya
lagi.
Marilah
kita bersama-sama berdoa agar ibu kepada pelantun lagu Selamat Jalan Cinta ini
cepat sembuh. Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat walafiat.
Sumber: gempak, nubhan.ahamad