Ringkasan Bagi Bantuan Khas Covid-19 ~ PEMULIH

PELUANG KERJAYA
0


 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang pihak kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos. Kenyataan itu dibuat semasa dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Pada 28 Jun 2021 kemarin.


INFO-INFO BANTUAN LAIN👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia


Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak RM4.6 billion diperuntukkan untuk bantuan ini dan ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang di seluruh Malaysia.

 

Berikut adalah ringkasan bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) sebagai rujukan orang awam. Sila rujuk kategori anda dan kenal pasti jumlah bantuan yang layak untuk anda.

 

1. KATEGORI MISKIN TEGAR

Isi rumah kategori miskin tegar :

  • RM500 pada bulan Ogos
  • RM500 pada bulan November
  • 300 pada bulan Disember

 

Individu bujang kategori miskin tegar :

  • RM200 pada bulan Ogos
  • RM300 pada bulan November

 

2. KATEGORI B40

Isi rumah kategori B40 :

  • RM500 pada bulan Ogos
  • RM300 pada bulan Disember

 

Bujang kategori B40 :

  • RM200 pada Ogos

 

Baca juga artikel ini:

Cara Permohonan & Tarikh Pembayaran i-Citra RM5,000 – KWSP

SemakBayaran BPR Tambahan RM500 Anda - Sudah Mula Dikreditkan

 

KATEGORI M40

Isi rumah kategori M40 :

  • RM250

 

Bujang kategori M40 :

  • RM100 pada bulan Ogos

 

Dalam pengumuman sama, Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.

INFO-INFO BANTUAN LAIN👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 


Sumber: astroawani

 

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !