Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Kepada Individu Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah

PELUANG KERJAYA
0

 

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

 

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun] ke atas caruman anda.

 

Baca juga:

Bantuan RM500 Warga Emas

Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB

Bantuan RM 200 KISS

 

MANFAAT i-Saraan KWSP

  • Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  • Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun.
  • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
  • Bantuan Kematian RM2,500 tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
  • Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
  • Ahli KWSP
  • Telah membuat pilihan i-Saraan (Menghantar borang KWSP16G(M))

 

CARA MOHON I-SARAAN

 Join Telegram Kami 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

 

Dokumen yang diperlukan untuk dibawa ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan anda:

  • MyKad
  • Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama sahaja) KLIK DISINI
  • Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa Bayaran) KLIK DISINI
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunan borang tidak diperlukan)

 

HAD BAYARAN

Minimum (RM sahaja) - Tiada had

Maksimum (RM sahaja) - RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela

 

Sumber: KWSP

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !