BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
Pihak kerajaan mengambil berat dalam memikirkan tentang kebajikan
masyarakat. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah menyediakan skim
bantuan masyarakat khas buat mereka yang berstatus OKU yang berupaya bekerja
iaitu dikenali sebagai Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).
Bantuan ini diberikan adalah bertujuan untuk membantu golongan OKU yang tidak berupaya bekerja serta mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga. Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM300 seorang sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang Kad OKU JKM;
4. Tidak berupaya bekerja.
5. Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
ATAU
7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan
dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber
kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai
Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri,
yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah
senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian
(means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini
bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada
kelayakan dan bukan hak.
Permohonan Secara Manual:
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa
dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan
/ Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan
suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil
kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji
(jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila muat turun borang permohonan bantuan OKU di laman rasmi
JKM- Klik DI SINI
Permohonan Secara Atas Talian (Online):
Untuk permohonan secara atas talian, anda boleh memohon
melalui lama web eBantuanJKM-
Klik DI SINI
Sila sebarkan dan kongsi maklumat ini dengan orang awam agar
lebih ramai orang yang dapat dibantu khususnya mereka yang berstatus OKU.
Sumber: JKM