Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan
pakej bantuan COVID-19 dalam skala besar.
Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),
Khairy Jamaluddin, yang memberitahu perkara itu tidak memberi sebarang
perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.
"Saya tidak mahu mendahului kerana Perdana Menteri akan
mengumumkan perkara ini," katanya memetik laporan The Star.
Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi
COVID-19 Kebangsaan mengulas perkara itu pada sesi libat urus seiring Mesyuarat
Agung Tahunan Ke-45 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia
(NCCIM) yang diadakan secara maya hari ini.
Khairy menjawab soalan yang dikemukan bekas Presiden
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Tan Sri
William Cheng berkenaan usaha membantu para peniaga yang berdepan tekanan
ekonomi ketika pandemik COVID-19.
Pada 31 Mei, Muhyiddin mengumumkan RM40 bilion pakej bantuan
bagi rakyat mendepani perintah sekatan penuh.
Sebelum ini, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pakej
bantuan ekonomi dengan nilai keseluruhan RM340 bilion.
Sumber: astroawani.com