BANTUAN KHAS ONE-OFF RM500 KEPADA 134,000 PEMAIN INDUSTRI PENGANGKUTAN AWAM (Pemandu Teksi, e-Hailing, Bas)
"Antara mereka yang berada dalam perhatian saya
terutama ketika berdepan cabaran akibat COVID-19 ini adalah sektor pengangkutan
awam seperti pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran
serta juga pemandu pelancong." -PM
Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off
sebanyak 500 ringgit kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi,
11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta
sewa dan e-hailing. Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada
penerima yang berdaftar pada bulan Julai.
Bantuan khas RM500 one off tersebut bakal dijangka bakal
memanfaatkan sekitar 134,000 penerima berikut:
- 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing
- 40,000 pemandu teksi
- 17,000 pemandu pelancong
- 11,000 pemandu bas sekolah
- 4,000 bas persiaran
Tarikh Bantuan Diterima
Bantuan Khas ini akan berikan kepada penerima yang berdaftar
mulai bulan Julai 2021.
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS PEMANDU TEKSI, EHAILING & BAS
Kaedah dan kelayakan permohonan akan diumumkan oleh Agensi
Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam masa terdekat.