KUALA LUMPUR: Kementerian
Kewangan memberi jaminan kelulusan diberikan secara automatik bagi moratorium
kepada peminjam yang layak yang mana terkesan oleh pelaksanaan sekatan
pergerakan penuh.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk
Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menjelaskan peminjam yang terkesan boleh memilih
pakej bantuan sama ada moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran
balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan dengan menghubungi bank
masing-masing.
Golongan Yang Layak Mendapat
Bantuan
Peminjam yang layak mereka yang:
- Kehilangan pekerjaan sama ada daripada kumpulan B40, M40 dan T20
- Penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Perusahaan mikro
- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi berikutan sekatan pergerakan penuh.
- Peminjam M40 dan T20 yang berdepan pengurangan pendapatan juga boleh memohon untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman mereka sejajar dengan pengurangan pendapatan mereka.
Cara Permohonan Bantuan
Peminjam yang terkesan boleh
menghubungi bank mereka untuk memilih apa yang mereka mahukan dan kelulusan
akan diberikan secara automatik.
Bantuan bukan saja dalam bentuk
moratorium saja, institusi perbankan juga telah menyediakan pakej khusus untuk
peminjam yang terjejas. Institusi perbankan komited untuk memproses pakej ini
dengan cara mudah dan berkesan.
Pengumuman Daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta
perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium
secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan
pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam
bulan.
Inisiatif itu akan dilaksanakan
segera pada Jun 2021 dan dijangka memanfaatkan lebih lima juta peminjam dengan
nilai sehingga RM30 bilion.
Tengku Zafrul menjelaskan,
pengumuman moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman kepada peminjam
terkesan itu adalah hasil perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan
bank.
Beliau berkata, kerajaan tidak
mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan moratorium yang boleh disediakan oleh
bank atau bagaimana ia dilaksanakan.
Sumber: bharian
Sy berpendapat rm450 sahaja ,,menjaga klinik khoo Dr arasu bandar ramai ramai jln leila sandakan 90000 sabah,,, adakah sy layak moratorium 3 bulan??
ReplyDelete