KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus membantu memastikan kelangsungan perniagaan golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif, termasuk pemberian Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500, pembiayaan mikro kredit bernilai RM1.5 bilion dan RM7 bilion dana pinjaman Bank Negara Malaysia.
Kenaikan kadar pemberian GKP
Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, berkata pemberian GKP yang dinaikkan kadarnya kepada RM1,500,
berbanding RM500 dijangka memanfaatkan hampir satu juta PKS dengan pembayaran
akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada Jun dan Julai ini.
Pembiayaan Mikro Kredit
Pembiayaan mikro kredit sebanyak
RM1.5 bilion juga disediakan sepanjang tahun kepada peniaga kecil, penjaja
jalanan termasuk perusahaan mikro oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Corp dan
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).
Pinjaman Mudah Perusahaan
Selain itu, sebanyak RM7 bilion
dana pinjaman masih tersedia untuk PKS melalui pelbagai fasiliti pinjaman mudah
perusahaan itu di bawah pembiayaan Bank Negara Malaysia (BNM), termasuk RM2
bilion melalui penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar
untuk PKS terjejas," katanya mengumumkan Program Strategik Memperkasa
Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) hari ni.
Bantuan Khas Sekali Bayar RM500
Kerajaan turut memperuntukkan
RM68 juta bagi bantuan khas secara sekali bayar RM500 kepada:
- 17,000 pemandu pelancong,
- Pemandu teksi (40,000),
- Pemandu bas sekolah (11,000),
- Bas persiaran (4,000) dan
- Pemandu kereta sewa dan e-hailing (62,000).
Ia akan dilaksanakan pada julai ini.
Diskaun Bil Elektrik Sebanyak 10%
Kerajaan turut melanjutkan
pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus selama tiga bulan tambahan
antara Julai hingga September kepada sektor terjejas iaitu:
- Pengendali hotel,
- Agensi pengembaraan dan pelancongan,
- Premis dan kompleks membeli- belah,
- Pusat konvensyen,
- Taman tema dan
- Pejabat syarikat penerbangan tempatan.
Bantuan kepada Pemilik Bangunan Dan Ruang Perniagaan
Kerajaan juga bersetuju memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh enam bulan lagi sehingga 31 Disember ini bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa semasa.
Pengecualian Cukai Pelancongan & Perkhidmatan
Perlanjutan sehingga
31 Disember ini bagi pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke
atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih berterusan.
Rayuan Pengenaan Penalti & Penangguhan bayaran penalti
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
juga mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran
penalti kepada tahun depan serta menyediakan penjadualan semula bayaran cukai
tertunggak bagi pembayar cukai dan perniagaan yang terjejas.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) juga bersetuju memperkenalkan semula perlanjutan penghantaran penyata
kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di
Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lewat dokumen berkanun.
SSM juga akan mengecualikan
bayaran lewat untuk memperbaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember ini
bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
Akta Langkah Sementara bagi
Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829 akan ditambahbaik bagi
membantu individu dan perniagaan yang terkesan.
Perlindungan Ketidakupayaan Untuk Melaksanakan Obligasi Kontrak
Perlindungan berkaitan
ketidakupayaan untuk melaksanakan obligasi kontrak akan dilanjutkan tempoh kuat
kuasa sehingga 31 Disember ini. Sehubungan itu, kerajaan menyediakan bantuan
perkhidmatan pengantaraan atau 'mediation' secara percuma melalui Pusat Mediasi
COVID kepada semua individu atau perniagaan tanpa mengira latar belakang.
Pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
kerajaan juga bersetuju
melanjutkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang
sepatutnya berakhir hari ini kepada 31 Disember.
Sumber: bharian