KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan
teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada
rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa
Mohamed.
Beliau berkata kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan
pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman
Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Baca juga:
Bantuan i-Suri KWSP Berjumlah RM480 Setahun- Klik DISINI
Bantuan Sehingga RM700 Setahun mySalam- Klik DISINI
"Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat, bantuan masih
ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah
dibelanjakan.
"Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan
untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul
Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan
bantuan tambahan (kepada rakyat)," katanya semasa temu bual dalam program
Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, semalam.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau
bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej
rangsangan ekonomi.
Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200
bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki. - BERNAMA