KUCHING: Kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan
Sarawak terus mencetuskan kegusaran dalam kalangan nelayan negeri ini.
Terbaru, kapal pihak berkuasa China itu dikesan di kawasan
Beting Patinggi Ali terletak 84 batu nautika dari Miri, Jumaat lalu.
Sumber berkata, kejadian itu sudah dilaporkan oleh beberapa
pemancing tempatan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim
Malaysia) di Miri.
Berikutan itu, difahamkan aset Maritim Malaysia dan Tentera
Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikerah ke lokasi terbabit untuk mengetatkan
kawalan perairan yang turut dikenali sebagai South Luconia Shoals itu.
Baca info penuh di Kapal Pengawal Pantai China Dikesan Di Perairan Sarawak - InfoMalaysiaKini