Semasa pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan
Ekonomi (PEMULIH) Pada 28 Jun 2021 kemarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin telah mengumumkan beberapa pakej bantuan di bawah PEMULIH yang bertujuan
untuk membantu serta meringankan beban rakyat.
Salah satu pakej yang dinyatakan termasuklah kemudahan
pengeluaran i-Citra KWSP. Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi
kemudahan kewangan tambahan kepada mereka yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi
keperluan asas untuk kelangsungan hidup.
INFO-INFO BANTUAN LAIN
Di sini kami akan kongsikan maklumat mengenai pengeluaran i-Citra
serta cara untuk membuat permohonan.
JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50.
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).
TARIKH PEMBAYARAN i-Citra
Permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka akan dibayar
bermula bulan Ogos 2021
Baca juga artikel ini:
Semak Bayaran BPR Tambahan RM500 Anda - Sudah MulaDikreditkan
Bantuan RM800 Kepada Individu Yang Belum Bekerja
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
CARA PERMOHONAN
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal
icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15
Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
SEBARANG PERTANYAAN & KEMUSYKILAN
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Citra, anda
boleh terus pergi ke saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
INFO-INFO BANTUAN LAIN
Sumber: KWSP