Berita baik buat golongan yang berpendapatan rendah atau
B40. Kerajaan telah menyedia satu program yang dikenali sebagai Program
Perumahan Rakyat (PPR) yang membolehkan golongan B40 untuk menyewa atau memiliki
rumah sendiri yang berfungsi sebagai gerbang One Stop Centre bagi individu yang
ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara.
Oleh itu, kepada mereka yang masih belum mempunyai tempat tinggal
dan ingin membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan dan semak
syarat-syarat kelayakan serta maklumat-maklumat lain berkaitan Program PPR ini.
Program Perumahan Rakyat (PPR)?
PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula
setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi
golongan berpendapatan rendah (B40).
Kategori PPR
PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR
Dimiliki.
Berapakah kadar sewa PPR DIsewa?
Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak
termasuk kos penyelenggaraan
Apakah ciri-ciri PPR?
Ciri-ciri PPR adalah seperti berikut:
i. Jenis rumah
bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar
ii. Kediaman bertanah
(rumah teres) di pinggir bandar
iii. Keluasan - 700
kps
iv. Binaan - 3 Bilik
Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon PPR Disewa/Dimiliki
Syarat-syarat seperti
berikut:
i. Pemohon dan pasangan warganegara
Malaysia
ii. Berumur 18 tahun ke atas
iii. Pendapatan kasar
isi rumah RM3,000 sebulan
iv. Pemohon dan
pasangan belum memiliki rumah
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui
Portal TEDUH. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:
- Sila layari laman Web SPRN (https://sprn.kpkt.gov.my/user/register)
- Daftarkan maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda.
- Selepas mendaftar, log in ke di portal SPRN tersebut.
- Pilih Skim dengan mengikut kelayakan anda.
- Lengkapkan maklumat pemohonan.
- Pilih Program (PPR)
- Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang diminta.
- Sila buat pengesahan dan hantar permohonan anda.
- Semakan status permohonan boleh dibuat melalui portal (https://spkpm.lphs.gov.my/check).
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
No. Telefon :
603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)
No. Faksimile : 603 -
8891 4045
Sumber: kpkt