Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum
ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah dalam menguruskan
hal-hal keluarga, mendidik serta membesarkan anak-anak.
Bagi menghargai pengorbanan kaum ibu, kerajaan
memperkenalkan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) iaitu program kebajikan
bagi membantu dalam meringankan beban khususnya kepada golongan berpendapatan rendah
(golongan B40).
Program ini bertujuan untuk mengurangankan beban kos sara hidup melalui bantuan kewangan yang digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless)
Syarat Kelayakan
Syarat utama:
- Berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau,
- tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih.
Syarat lain:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Pemilihan berdaftar di Negeri Selangor
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi
- Berpendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan
CARA MENDAFTAR
Secara atas talian (Online) :
Permohonan online dibuat melalui laman web www.kiss.com.my
Secara manual :
borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di:
1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru,
Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat
Ahli Majlis
4. Pusat Wanita Berdaya
Manfaat Kad KISS
- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas
- Baki nilai bulanan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM200 setiap bulan secara automatic
Untuk merujuk cara penggunaan Kad KISS serta senarai kedai
yang berdaftar, anda boleh terus ke laman rasmi www.kiss.com.my
Senarai barangan keperluan asa yang diluluskan
Sumber: www.kiss.com.my